Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Serangan dipercayai ada kaitan cubaan culik, balas dendam – ESSCOM

adakaitanesscom

SEMPORNA: Serangan hendap lapan lelaki bersenjata berat yang mengorbankan seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di Pulau Mabul, malam tadi dipercayai ada kaitan dengan cubaan melakukan penculikan dan balas dendam.

Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid Harun, berkata kumpulan terbabit dipercayai cuba melakukan penculikan di pulau itu tetapi menyerang anggota polis selepas bertembung.

Beliau berkata, tindakan lapan lelaki berseluar celoreng, berbaju hitam dan bertopeng itu juga dipercayai ada kaitan dengan tindak balas kumpulan berkenaan terhadap pasukan keselamatan berikutan peningkatan operasi penguatkuasaan di kawasan berkenaan.

“Jika ini puncanya, ia adalah pengorbanan pasukan keselamatan dalam mencegah kejadian penculikan,” katanya kepada media, di sini, sebentar tadi.

Komen


Berita Berkaitan