Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Serangan Berdarah Vincennes, Ragut 5 Lagi Nyawa Di Paris!

paris

Presiden Perancis François Hollande mengesahkan seorang suspek maut manakala empat tebusan terkorban dalam insiden di pasaraya mini Kosher di Porte de Vincennes, timur Paris, pada Jumaat.

Ini bermakna 16 nyawa telah melayang di Paris pada minggu ini, tidak termasuk 3 suspek penyerang yang ditembak mati polis Perancis, bermula dengan serangan berdarah ke atas majalah Charlie Hebdo pada Rabu lalu.

Ironinya, serangan dilakukan penyerang dipercayai puak ekstremis agama; berpunca daripada perasaan marah terhadap sebuah penerbitan yang meremehkan soal sensitiviti umat Islam.

Susulan tragedi ini, Hollande memberi jaminan akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan awam untuk memastikan masyarakat hidup dalam keadaan harmoni tanpa gusar insiden serupa berulang lagi.

Pada masa sama Hollande yang menyifatkan kejadian di pasaraya Vincennes sebagai ‘serangan anti-semitik yang menakutkan’ menyeru masyarakat agar bersatu menolak sifat rasis dan anti-semitik.

Beliau turut menyeru rakyat Perancis untuk turun beramai-ramai pada satu perhimpunan Ahad ini bagi menyatakan kesatuan terhadap nilai demokrasi, kebebasan dan pluralisme di negara tersebut.

Dalam pada itu, kenyataan Hollande dipetik Kementerian Dalam Negeri di laman mikro Twitter bersama peringatan, tindakan pihak yang bertanggung jawab dalam insiden berdarah tersebut tiada kena mengena dengan agama Islam.-mynewshub

Komen


Berita Berkaitan