Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Serang masjid Syiah

PEGAWAI keselamatan memeriksa mayat seorang mangsa.
PEGAWAI keselamatan memeriksa mayat seorang mangsa.

Peshawar: Sekurang-kurangnya 19 orang mati dan puluhan lagi cedera selepas anggota kumpulan ekstremis menyerang sebuah masjid Syiah di barat laut Pakistan, semalam.

Serangan itu berlaku dua minggu selepas pengebom berani mati membunuh 61 orang di satu lagi masjid penganut fahaman Syiah di selatan negara itu, sengketa agama paling buruk di Pakistan dalam tempoh dua tahun.

Taliban Pakistan mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Jurucakap polis Rana Umer Hayat berkata, beberapa lelaki bersenjata melontar bom tangan sebelum menyerbu masjid Imamia di Peshawar pada waktu solat Jumaat.

Dr Mumtaz Khan dari Kompleks Perubatan Hayatabad berkata, sekurang-kurangnya 10 maut dan 63 cedera dalam kejadian itu.

Kenyataannya disokong pegawai polis kanan, Mian Saeed.

Siaran televisyen menunjukkan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri dari tempat kejadian.

Ada yang membawa rakan yang parah, manakala tidak kurang juga yang cedera dengan berlatar belakangkan bunyi tembakan polis.

Saksi Muhammad Raza berkata, “Saya terdengar letupan kuat dan melihat ramai orang terbaring di depan saya.”

Seorang lagi, Shahid Hussain berkata, kejadian berlaku sejurus selepas jemaah selesai solat.

“Lima atau enam lelaki berpakaian tentera menyerbu masuk dan melepaskan tembakan.

“Kami terkejut. Tiba-tiba seorang daripada mereka meletupkan dirinya dan saya hanya nampak asap serta debu,” katanya. – AFP

Komen


Berita Berkaitan