Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seramai 650 penduduk DUN Petagas terima sumbangan raya

PicsArt_1435811410681
Salah seorang warga emas ceria selepas menerima sumbangan barangan keperluan daripada Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin. – Foto Sayangsabah

PUTATAN – Seramai 650 orang termasuk 200 kanak-kanak yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan warga emas dari beberapa buah kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas, hari ini menerima bantuan makanan, pakaian dan duit raya.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata sumbangan tersebut adalah bertujuan meringankan beban golongan terbabit semasa Ramadhan khususnya di bulan Syawal yang bakal menjelang tiba.

“Bantuan beras dan keperluan dapur serta pakaian hari raya untuk kanak-kanak itu diharapkan akan membantu golongan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian bantuan yang diadakan di Dewan Serbaguna Pasir Putih di sini hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berkata bahawa kejadian gempa bumi di Kundasang, Ranau tidak menjejaskan bekalan bekalan makanan di negeri ini.

“Kita ada pegawai pertanian di setiap daerah dan Kementerian tiada laporan diterima mengenai kekurangan bekalan makanan terutama produk sayuran dari Kundasang,” katanya lagi. – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan