Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,640

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seramai  5,081 pelajar UMS bergraduasi untuk Konvokesyen Kali ke-17

1:04pm 16/11/2015 Dewiana Tinggolongon 110 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan
Abidin(dua dari kiri) bersama dan Harun  (tiga dari kanan) bertukar SKROL  untuk mohon keizinan graduan UMS sebagai warga kota kinabalu.- foto Alex Mairin / sayangsabah.

Abidin(dua dari kiri) bersama dan Harun (tiga dari kanan) bertukar SKROL untuk mohon keizinan graduan UMS sebagai warga kota kinabalu.- foto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Seramai 5,081 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan bergraduasi  untuk Konvokesyen kali ke-17 yang akan diadakan pada 21 hingga 23 November ini.

Naib Cancelor UMS, Prof.Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata, pelajar berkenaan adalah golongan pelajar yang  berjaya menghabiskan pengajian mereka di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

“Kesemua pelajar berkenaan adalah dari 65 Program akademik yang ditawarkan oleh UMS menerusi 10 fakulti ,dan bergandingan dengan tiga Pusat Kecemerlangan Penyelidikan serta 14 Unit Pusat -pusat penyeidikan yang ditubuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perarakan Berjubah Graduan UMS di perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini hari ini (Isnin).

Harun berkata, graduan berkenaan merupakan tambahan kepada jumlah alumni UMS yang kini mencecah  55,7867 orang.

Justeru itu, populasi itu akan semakin membesar dan merupakan elemen yang sangat signifikan kepada UMS yang boleh berperanan sebagai duta dan agen kecemerlangan.

“Sedar atau tidak kita telah menghampiri visi dan wawasan 2020 untuk mencapai status negara maju yang disegani di mata dunia.

“Persediaan dari segi intelektual yang diperolehi sepanjang pengajian di universiti peru digunakan sebaiknya demi menjana keutuhan dan keampuhan seluruh aspek pembangunan negara dari sudut ekonomi, politik dan sosial,” ujarnya.

Menurutnya, segala pengetahuan dan pengalaman harus dijadikan sebagai landasan dan pedoman dalam merealisasikan wawasan negara seiring dengan tanggungjawab universiti.

Katanya, dalam zaman yang semakin kompetitif dimana persaingan menjadi semakin sengit , masyarakat perlu peka dan responsif dengan perubahan semasa agar tidak jauh ketinggalan.

Dalam pada itu beliau menggesa pelajar graduan berkenaan agar bijak dalam menghadapi cabaran dalam pekerjaan bagi mengelakkan masalah pengangguran.

Katanya, selain berkerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta, masih banyak peluang pekerjaan dan ia terpulang dengan pelajar untuk mencorak masa depan sendiri.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan