Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seramai 49 warga asing ditangkap

TANGKAP.. Antara warga asing yang ditangkap kerana tidak memiliki dokumen sah.
TANGKAP.. Antara warga asing yang ditangkap kerana tidak memiliki dokumen sah.

KOTA KINABALU – Seramai 125 orang warga asing diperiksa dalam operasi bersepadu yang diadakan di dua kawasan setinggan Sukang Mapai, Luyang dan Sembulan, Kota Kinabalu, hari ini.

Daripada jumlah itu, 29 orang ditangkap selepas didapati tidak memiliki dokumen sah yang kemudian dibawa ke Lokap Berpusat untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959.

Operasi bersepadu yang diadakan bermula jam 4.00 pagi hingga 12.30 tengahari itu turut menangkap 17 orang lelaki selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap semua suspek terbabit didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, semua suspek berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Operasi bersepadu itu disertai tiga orang pegawai polis dan 118 anggota pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis, Jabatan Imigresen, Rela dan Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membanteras masalah pendatang tanpa izin di daerah ini.

“Operasi itu secara tidak langsung mampu memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa setiap aduan atau maklumat yang diterima berhubung pendatang tanpa izin, akan diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa,” katanya lagi.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan