Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seramai 403 PATI dari Filipina dihantar ke negara asal

8:03am 24/11/2016 Pak Roshan 895 views Jenayah,Mutakhir
DIHANTAR PULANG...sebahagian dari lebih 400 PATI yang dihantar pulang.

DIHANTAR PULANG…sebahagian dari lebih 400 PATI yang dihantar pulang.

SANDAKAN : Seramai 403 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar pulang ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah kelmarin.

Pengarah Keselamatan Negeri, Datuk Rodzi Md Saad, berkata, daripada jumlah itu, 229 adalah lelaki, 141 wanita dan 33 orang lagi adalah kanak-kanak.

Jelas beliau, kesemua pati yang dihantar pulang ke negara asal itu berusia antara setahun hingga 66 tahun. Ia juga membabitkan 353 PATI yang ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Kota Kinabalu dan 50 pati dari PTS Sandakan.

Kata Rodzi, proses penghantaran balik pati ke negara asal ini merupakan komitmen berterusan Kerajaan Malaysia dalam menangani masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negeri ini.

“Selain melaksanakan pengusiran PATI, kerajaan juga telah mengambil tindakan yang proaktif di dalam usaha mengesan dan menangkap pati dengan melancarkan pelbagai operasi bersepadu yang dikelolahkan MKN, Esscom, Jabatan Imigresen, PDRM dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia”, kata beliau dalam satu sidang media, di sini. Tambahnya, jumlah diusir dan termasuk yang pulang secara sukarela sejak 1990 hingga ke 22 November 2016 telah mencecah seramai 549,514 orang.

Manakala, bagi tempoh tahun ini hingga 22 November 2016 jumlah pati yang telah diusir mencecah seramai 19,543 orang.

Jelasnya lagi, dalam tempoh bulan November tahun ini seramai 1,348 orang pati yang telah diusir. Rodzi dalam pada itu, mengingatkan kepada semua masyarakat khususnya di Sabah bahawa usaha untuk melihat negeri ini bebas dari pati jangan dianggap sebagai tanggungjawab kerajaan semata-mata.

Ujarnya, semua pihak khususnya majikan dan orang awam harus memberi kerjasama dan bantuan kepada pihak penguat kuasa dalam menangani masalah tersebut dengan cara penyampaian maklumat mengenai kehadiran pendatang tanpa izin serta mengelak daripada melindungi atau menggaji PATI.

“Kerajaan tidak akan berganjak dalam usaha untuk memastikan Sabah sifar pati dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,” katanya – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan