Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seramai 32 warga Filipina ditangkap

Pegawai polis melihat hasil ujian saringan air kencing ke atas salah seorang suspek yang ditahan dalam operasi bersepadu di Telipok.
Pegawai polis melihat hasil ujian saringan air kencing ke atas salah seorang suspek yang ditahan dalam operasi bersepadu di Telipok.

KOTA KINABALU – Seramai 22 orang warga Filipina termasuk lima orang kanak-kanak ditangkap selepas didapati tidak mempunyai dokumen sah, dalam operasi bersepadu yang dijalankan di kawasan penempatan Telipok Fasa Satu, dekat sini pada Jumaat.

Operasi yang bermula jam 4.00 pagi hingga 12.30 tengahari itu turut menangkap 10 orang lelaki warga asing selepas ujian saringan air kencing ke atas mereka didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, jumlah tangkapan itu adalah hasil pemeriksaan terperinci ke atas 76 warga asing di kawasan tersebut.

“Kesemua 32 orang yang ditangkap akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 mengikut kesalahan masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, tiga pegawai polis disertai 142 anggota pelbagai agensi penguatkuasaan negeri dan persekutuan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya, penempatan Telipok dipilih sebagai lokasi sasaran operasi berikutan aduan dan maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran warga asing yang semakin ramai di situ.

“Pihak berkuasa juga menerima maklumat orang awam yang mendakwa bilangan rumah setinggan di kawasan penempatan itu semakin banyak didirikan,” katanya.

Menurutnya, tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang operasi dijalankan.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan