Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,779

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seramai 310 belia mendapat pekerjaan melalui Sabah Job Centre sejak 2013

1:03pm 21/04/2016 Leolerry Lajius 44 views Laporan Sidang DUN,Tempatan,YB Datuk Siringan Gubat

KOTA KINABALU: Sejak tahun 2013 sehingga tahun 2015 seramai 310 orang belia telah berjaya mendapatkan pekerjaan selepas berdaftar dengan Sabah Job Centre daripada 11, 735 orang jumlah keseluruhan yang berdaftar.

Menurut Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat, walaubagaimanapun hanya jumlah tersebut sahaja yang tercatat di dalam Portal Sabah Job Centre kerana terdapat juga pencari pekerjaan yang berjaya tetapi rekod mereka tidak tidak dimasukkan ke dalam portal kerana pihak majikan tidak mengemaskini status permohonan mereka.

Menurut Siringan lagi, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah melatih seramai 21, 384 orang dalam pelbagai bidang kemahiran teknikal dan perdagangan yang dianjurkan sejak Julai 1988.

“Berdasarkan kajian pengesahan graduan atau “tracer study” yang dikendalikan oleh Kementerian bersama JPSM pada tahun 2006 hingga 2010, didapati bahawa selepas graduasi sebanyak 65.2% hingga 76.8% lepasan latihan telah mendapat pekerjaan.”

“Ini menunjukkan bahawa latihan kemahiran JPSM telah diterima sebaiknya dalam pelbagai sektor pekerjaan di negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya yang bertanya bertanya berapakah jumlah belia-beliawanis yang sudah mendapat pekerjaan selepas mendaftar dengan Sabah Job Centre dan bagaimanakah status lepasan pelajar JPSM selepas tamat pembelajaran di jabatan tersebut ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Pertama Penggal keempat DUN yang ke-14, di sini, hari ini.

.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan