Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seramai 3,000 pengunjung meriahkan sambutan Deepavali

6:57pm 10/11/2015 Dewiana Tinggolongon 38 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Tempatan
Juhar (tengah) bersama Toh Puan Norlidah (enam kanan) bersama Musa (enam dari kiri), V.Jothi (lima dari kiri) menyalahkan Kutuvilaku sambil disaksikan oleh barisan pemimpin yang hadir.- foto Jimmy Tan / sayangsabah.

Juhar (tengah) bersama Toh Puan Norlidah (enam kanan) bersama Musa (enam dari kiri), V.Jothi (lima dari kiri) menyalakan Kutuvilaku sambil disaksikan oleh barisan pemimpin yang hadir.- foto Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Kira-kira seramai 3,000 pengunjung menghadiri majlis rumah terbuka Hari Deepavali anjuran Badan Perhubungan MIC Sabah di Dewan Likas hari ini.

Majlis tambah meriah dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman, dan barisan pemimpin-pemimpin Sabah.

Pengerusi Badan Perhubungan, Datuk V.Jothi berkata sambutan rumah terbuka berkenaan bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat India yang beragama Hindu tetapi ia juga dimeriahkan oleh orang ramai yang berlatar belakangkan pelbagai kaum, agama dan budaya.

“Saya amat mengalu-alukan kedatangan orang ramai yang turut serta meraikan sambutan ini sungguhpun dari kaum dan agama yang berbeza.

“Kedatangan mereka jelas menunjukkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum di Sabah terbukti dan inilah keunikan kita,”katanya ketika ditemui pemberita setelah selesai majlis rumah terbuka berkenaan di sini.

V.Jothi turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas peruntukan dan sumbangan yang diberikan kepada penganut Hindu di Sabah.

“Ia jelas menunjukkan keperihatinan kerajaan untuk masyarakat India di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu beliau memohon agar kerajaan terus menyalurkan sumbangan kepada kuil Hindu di Sabah untuk kepentingan masa hadapan.

Jelas beliau terdapat lima kuil di Sabah termasuk kuil di Luyang, Lok Kawi, Kota Belud, Sandakan dan Tawau.

Sempena sambutan itu, pelbagai tarian ditunjukkan termasuklah tarian tradisi India, tarian satu Malaysia dan banyak lagi.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan