Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seramai 23 orang artis tempatan bakal memeriahkan konsert Kupikupi fm

1:22pm 14/03/2016 Leolerry Lajius 1156 views Hiburan,Tempatan
Calvin (lima dari kanan) Francis (tiga dari kanan) dan Rich (empat dari kanan) bersama penyampai-penyampai stesen radio Kupi-kupi fm.

Lester (lima dari kanan) Francis (tiga dari kanan) dan Rich (empat dari kanan) bersama penyampai-penyampai stesen radio Kupi-kupi fm.

KOTA KINABALU: Berpegang kepada janji untuk mengadakan konsert sebaik mendapat 30,000 ‘like’ di Facebook, Kupikupi fm bakal mengadakan konsert yang menampilkan seramai 23 orang artis tempatan dan juga akan dimeriahkan dengan persembahan kugiran tempatan dan juruhebahnya sendiri.

Antara artis yang akan membuat persembahan ketika konsert tersebut ialah Rich AF dan Estranged, Francis Landong, Marsha Milan, Firman AF dan Firmanation, Marcel Gatisi, Heidi Vanessa Maruning, Marlenney, Fabian Wiliam dan penyampai Kupikupi FM Velvet, Greg, Nera,Niz  dan Janrywine.

Menurut Pengurus Rancangan Kupikupi fm Lester Calvin Miol, konsert ini merupakan salah satu  tanda penghargaan kepada pendengar yang sentiasa memberikan sokongan kepada stesen radio ini.

“Ini adalah konsert percuma dan orang ramai  dialu-alukan untuk turut serta memeriahkan konsert ini.”

“Sempena konsert ini  pengunjung juga berpeluang memenangi tiket penerbangan  untuk dua orang pergi ke Jakarta dan untuk info lanjut, boleh berhubung dengan kami ketika konsert tersebut,”katanya ketika sidang media yang diadakan di pejabat Kupikupi fm, di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut artis Dusun Popular Francis Landong, konsert seumpama itu merupakan satu konsert yang ditunggu-tunggu kerana bukan sahaja sebagai tanda sokongan kepada artis tempatan malah satu dorongan kepada pihak Kupikupi fm untuk terus melaksanakan pembaharuan untuk pendengar.

“Saya berharap agar stesen radio ini yang memainkan lagu-lagu artis tempatan Sabah bukan sahaja dapat di dengar melalui siaran radio tetapi di masa akan datang mampu di visualkan dan akan disiarkan melalui stesen televison mereka sendiri,”katanya.

Pendapat Francis itu disokong oleh Rich yang juga merupakan artis yang bakal memeriahkan konsert tersebut.

“Konsert seumpama ini, merupakan satu peluang kepada artis tempatan untuk berkumpul dan saling berkongsi ilmu dan pengalaman antara satu sama dengan yang lain,”katanya.

Konsert Kupikupi fm akan diadakan pada 19 Mac bermula jam 7.00 malam di Auditorium Tertutup Bangunan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan