Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seramai 17 penumpang selamat dalam kemalangan di Kampung Paso, Pitas

Foto Ihsan Pembaca

 

KOTA MARUDU, 11 Ogos – Seramai 17 penumpang sebuah pacuan empat roda terselamat apabila kenderaan itu terbalik ketika menaiki bukit di Kampung Paso dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Mohd Izaan Abdullah berkata bagaimanapun seorang penumpang dilaporkan cedera parah dalam kemalangan pukul 9.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan dari Pitas menuju ke Kampung Hans. Apabila sampai di lokasi kejadian kenderaan berkenaan terundur sebelum terbalik sebanyak dua kali,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kesemua penumpang berkenaan adalah anggota gereja Anglikan Kampung Dandun, Pitas.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 9.17 pagi sebelum menghantar tujuh anggota dan sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Apabila sampai di lokasi kejadian pihak bomba memberi rawatan kepada beberapa mangsa yang cedera ringan dan kemudian kesemua mangsa dihantar ke hospital terdekat untuk menerima rawatan susulan,” kata kenyataan itu.

— BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca
Foto Ihsan Pembaca

Komen


Berita Berkaitan