Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seramai 113 warga asing ditahan dalam Op PTI Bersepadu

Anggota polis memeriksa dokumen dua warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan.
Anggota polis memeriksa dokumen dua warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan.

KOTA KINABALU – Seramai 113 warga asing termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki pendatang tanpa izin, ditahan dan dibawa ke Balai Polis Karamunsing di sini untuk menjalani pemeriksaan dokumentasi lanjut.

Kesemua warga asing itu yang terdiri 82 warga Indonesia dan 31 warga Filipina, ditahan dalam Op PTI Bersepadu bermula jam 9.00 pagi yang dijalankan di sekitar tapak pembinaan di Kepayan di sini semalam.

Seramai empat pegawai dan 178 anggota penguatkuasa pelbagai agensi termasuk polis, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Pasukan Khas, Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, hasil pemeriksaan terperinci terhadap semua warga asing tersebut, lapan orang lelaki ditangkap kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah.

“Pihak berkuasa menangkap lapan lelaki warga asing masing-masing lima rakyat Filipina dan tiga Indonesia yang kemudian dihantar ke Lokap Berpusat untuk menjalani siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

“Operasi tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membanteras masalah pendatang tanpa izin dan setinggan di sekitar daerah Kota Kinabalu,” katanya.

Selain itu, Chandra berkata, operasi tersebut juga dijalankan bagi menyokong kepada keputusan Suruhanjaya Siasatan (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di negeri ini. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan