Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seram… Tetamu Hotel Tak Sedar Mayat Bawah Katil

11:55am 23/08/2016 Pak Roshan 12400 views Global

mayatkatil

KEGEMBIRAAN dua pelancong yang sedang dalam bercuti bertukar menjadi seram apabila secara tidak sengaja bermalam bersama mayat dalam sebuah hotel di tepi laut di Pattaya, Thailand.

Mereka juga dilaporkan langsung tidak menyedari mayat itu tersembunyi di bawah katil tempat mereka tidur.

Pun begitu, mereka sempat mengadu kepada pihak mengurusan mengenai bau busuk itu.

Tukang cuci yang membersihkan bilik itu turut menghidu bau busuk pada keesokan harinya sebelum menjumpai kesan darah pada katil.

Setelah pemeriksaan dijalankan, satu mayat seorang wanita transgender ditemui di sebalik rangka katil.

Perkara ini turut disahkan oleh Ketua Polis Pattaya, Kolonel Apichai Kropphet.

Menurut Kropphet, mayat itu ditemui oleh tukang cuci selepas dua pelancong itu tidur di bilik berkenaan selama satu malam.

Identiti mayat tersebut dikenali sebagai Amphon Kongsong berusia 28 tahun.

Susulan kes ini, dua suspek yang berusia masing-masing 17 dan 14 tahun ditahan kerana didakwa membunuh wanita itu.

Difahamkan, suspek dan mangsa menginap di hotel berkenaan selama beberapa hari sebelum penemuan mayat itu.

Dalam pada itu, polis percaya mangsa dibunuh akibat perselisihan faham berlaku antara mereka. – mynewshub.cc

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan