Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Serah diri lepas lari 14 jam

lariserahdiri

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang melarikan diri selepas dituduh di mahkamah kerana merogol kelmarin, ditahan semula selepas dia tampil menyerah diri bersama peguamnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, jam 11.20 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 20-an itu melarikan diri ketika anggota polis mahu menggarinya di Mahkamah Pasir Mas.

Menurutnya, lelaki berkenaan dihadapkan ke mahkamah kira-kira jam 9 pagi kelmarin, bagi menghadapi tuduhan merogol awal bulan ini.

“Lelaki itu gagal membayar wang jaminan yang diperintahkan mahkamah menyebabkan dia dihantar ke Penjara Pengkalan Chepa, dekat sini.

“Bagaimanapun, ketika anggota polis mahu menggarinya, dia melarikan diri tetapi menyerah diri 14 jam selepas kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Komen


Berita Berkaitan