Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Serah barangan tarikh luput yang masih dijual sebagai bahan bukti: Jainab

Jainab Ahmad semasa meninjau salah sebuah pasar raya di Keningau. foto Kalawon Sawing
Jainab Ahmad semasa meninjau salah sebuah pasar raya di Keningau. foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Orang ramai perlu mengetahui kuasa mereka sebagai pengguna agar tidak tertipu dengan sikap segelintir peniaga yang ingin mengaut keuntungan tanpa memikirkan kepentingan pengguna.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Jainab Ahmad, menegaskan pengguna berhak menggunakan kuasa mereka semasa membeli barangan keperluan di pasar raya atau premis perniagaan.

Menurutnya, ini kerana masih ramai tidak faham maksud kuasa pengguna sehingga mereka mengabaikannya aspek tersebut ketika membeli-belah di pasar raya tanpa memeriksa harga dan tarikh luput barangan yang dibeli.

“Sepatutnya, para pengguna perlu meneliti terlebih dahulu harga dan tarikh luput barangan sebelum membeli.  Selain itu, mereka juga perlu memberi perhatian terhadap barang makanan dalam tin yang rosak kerana barangan tersebut tidak sepatutnya dijual dan perlu dikembalikan kepada pengilang,” katanya kepada media selepas meninjau sebuah pasar raya di daerah ini, di sini hari ini.

Tinjauan itu turut disertai Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan  Negeri, Severinus Tukah dan beberapa pegawai-pegawai jabatan yang berkaitan termasuk pegawai dari jabatan kesihatan.

Terdahulu Jainab merasmikan Seminar Kepenggunaan dan Cukai Barangan dan Kepenggunaan (GST) anjuran Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah di Dewan Datuk Ellron Angin, Kampung Biah Tengah.

Dalam pada itu, beliau berkata, jika terdapat peniaga yang meletakkan harga yang meragukan dan menjual barang yang sudah luput, pengguna perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa beserta bahan bukti agar tindakan dapat diambil. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan