Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sepuluh rumah setinggan Kg Sentosa Dua, Tawau terbakar

TERBAKAR... Operasi memadam dan mengawal kebakaran masih dijalankan setakat jam 5.00 petang tadi.
TERBAKAR… Operasi memadam dan mengawal kebakaran masih dijalankan setakat jam 5.00 petang tadi.

TAWAU – Sebanyak sepuluh buah rumah setinggan hangus dalam kebakaran di Kampung Sentosa Dua, Jalan Tengku Osman, di sini hari ini.

Sepasukan 19 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Tawau bergegas ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan awam pada kira-kira jam 3.10 petang tadi.

Difahamkan, setakat jam 5.00 petang, operasi memadam api kebakaran masih dijalankan oleh anggota bomba.

“Operasi memadam dan mengawal kebakaran masih dijalankan oleh anggota bomba di lokasi berkenaan,” kata Pegawai Perhubungan Awam JBPM Negeri, Mohd Affendy K.Ramin di sini hari ini.

Sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan