Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sepertiga Tembok Besar China musnah

Keadaan  Terkini Tembok Besar China
Keadaan Terkini Tembok Besar China

Beijing: Sebanyak satu pertiga Tembok Besar China musnah yang berpunca bukan sahaja daripada elemen semula jadi tetapi akibat aktiviti manusia.

Kurangnya pengawasan di binaan era Dinasti Ming itu menyebabkan orang ramai mencuri batu bata pada tembok berkenaan untuk membina rumah.

Kesan cuaca turut menjadi penyebab lokasi pelancongan popular dan Tapak Warisan Dunia Unesco itu runtuh.

Tembok Besar China terdiri daripada beberapa bahagian dan mengunjur dari wilayah Shanhaiguan hingga ke hujung Gurun Gobi.

Walaupun pembinaan tembok itu bermula pada abad ketiga Sebelum Masihi tetapi bahagian sepanjang 6,437 kilometer termasuk yang terletak di utara Beijing dan sering dikunjungi pelancong dibina ketika Dinasti Ming.

Laporan terbaru oleh Beijing Times menganggarkan 1,931 kilometer daripada tembok itu musnah sejak beberapa kurun lalu.

Menurut kajian oleh Pertubuhan China Tembok Besar, sebahagian binaan itu mula runtuh dan tumbuhan yang tumbuh di tembok mempercepatkan proses berkenaan.

Penduduk kampung miskin di daerah Lelong di utara Hebei juga didapati memecahkan tembok itu bagi mendapatkan batu bata untuk membina rumah.

Batu bata yang mempunyai ukiran pula dijual oleh penduduk dengan harga 30 yuan (RM18.24). – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan