Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sepasang Suami Isteri Ditahan, Syabu Bernilai RM15,000 Dirampas

Habibi (tengah) menunjukkan paket plastik yang dipercayai mengandungi Syabu serta barang rampasan lain. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

 

KOTA KINABALU: Sepasang suami isteri ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu.

Mereka ditahan di hadapan sebuah kedai tayar di Batu 5 Jalan Tuaran, Inanam pada pukul 6.25 petang semalam dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika disabit kesalahan.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Manjinji berkata, polis turut merampas tiga paket dadah jenis syabu yang mempunyai jumlah berat kasar 150.55 gram dan anggaran dadah bernilai RM15,000 daripada suspek yang berusia 53 tahun manakala isterinya, 55 tahun.

Barangan termasuk paket plastik dipercayai mengandungi Syabu yang dirampas daripada pasangan suami isteri itu. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

 

“Semasa menjalankan tangkapan tersebut, telah berlaku pergelutan kerana lelaki (suspek) telah bertindak agresif.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek lelaki itu memiliki empat kesalahan lalu berkaitan kesalahan narkotik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Habibi turut mengucapkan terima kasih kepada netizen atas maklumat yang disalurkan kepada pihak polis dan berharap kerjasama itu dapat diteruskan untuk membanteras gejala penagihan dan pengedaran dadah dalam kalangan masyarakat. – Oleh Sitti Nor Azizah Talata/SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan