Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sepasang Suami Isteri Didakwa Dera Dua Anak

deraanak

SHAH ALAM — Sepasang suami isteri hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mendera dua anak mereka berumur 9 tahun dan 12 antara Januari dan Mei lepas.

Hairulnizam A Hamid dan Puteri Narizah Abdul Aziz masing-masing berumur 36 tahun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.

Pasangan suami isteri itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Nurul Nabila Natasya Helmi Anuar, 9, dan Muhammad Amierul Hafiedz Helmi Anuar, 12 dan di Pangsapuri Cendana, Jalan Metafasa U16/3, Taman Bukit Subang di sini.

Kedua-dua kanak-kanak itu merupakan anak kandung Puteri Narizah dan anak tiri Hairulnizam.

Suami isteri itu didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, peguam pasangan itu M. Hafiz Zainol Abidin meminta jumlah jaminan dikurangkan atas alasan keluarga itu hanya mampu menyediakan jaminan sebanyak RM2,000.

Beliau berkata Puteri Narizah terpaksa menanggung tiga anak yang lain selain menghidap penyakit yang memerlukan rawatan setiap bulan.

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin kemudian menetapkan jaminan RM6,000 bagi Hairulnizam dan RM7,000 bagi Puteri Narizah serta menetapkan 29 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut melarang kedua-dua tertuduh mendekati mangsa selain memerintahkan mereka melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Komen


Berita Berkaitan