Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Sepasang lelaki dan wanita didenda memiliki dan mejual ubat dan produk komestik

5:15pm 07/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 39 views Jenayah,Tempatan
KOTA KINABALU- Seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing didenda sejumlah RM 7000 atau 7 bulan penjara atas tiga pertuduhan memiliki dan menjual produk ubatan-ubatan dan komestik pelbagai jenis oleh Mahkamah Sesyen, disini hari ini.
Jong Soo Min, 41 dan Jacqueline Chang,29 bersama-sama telah memiliki produk ubat-ubatan dan komestik pelbagai jenis tidak berdaftar di sebuah premis perniagaan di Kepayan Perdana Commercial Centre, Penampang, jam lebih kurang 2.45 pm pada 22 April, tahun ini.
Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki barangan komestik yang tidak bernotifikasi dengan kementerian kesihatan, di tempat, masa dan hari yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan, Jong dan Jacquelin dihukum dibawah Peraturan 7(1)(a) dan 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Komestik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kedua-dua tertuduh juga mengaku atas pertuduhan mereka yang ketiga dimana mereka
memiliki ubat-ubatan dan produk komestik untuk tujuan jualan racun, tanpa lesen yang sah dikeluarkan di bawah Akta Racun 1952.
Untuk pertuduhan ini, Jong dan Jacqueline dihukum di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952.
Dalam mitigasi, kedua-dua tertuduh memohon kepada Hakim Azreena Aziz agar nilai denda yang minima diberikan kepada mereka. Menurut Jong, mereka baru sahaja membuka kedai tersebut dan kesemua produk kosmetik dan ubat-ubatan telah dibeli dari Semenanjung Malaysia dan mereka tidak mengetahui bahawa produk-produk tersebut tidak boleh di jual kerana tidak mempunyai kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan.
Walaubagaimanapun, pihak pendakwaan memohon agar hukuman setimpal dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan