Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Sepadan! Foto Perbandingan QZ8501 Dengan Ekor Pesawat Ditemui

aa

MISI pencarian pesawat QZ8501 yang sudah memasuki hari ke-11 hari ini mencatatkan kejayaan apabila Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) mengesahkan telah menemui ekor yang dipercayai milik pesawat malang itu.

Ini terbukti apabila beberapa bahagian ekor yang ditemui disuai padankan dengan foto sebenar pesawat tersebut yang diambil menerusi dokumentasi Jetphotos.Net.

dalam

Tiga gambar ekor pesawat yang diambil oleh pasukan penyelam dari bawah laut, menjadi bukti penemuan ekor pesawat berkenaan.

Gambar pertama menunjukkan tulisan ‘AX’ yang dipercayai merupakan serpihan nombor pendaftaran pesawat PK-AXC.

Manakala, gambar kedua, bertulis ‘Air’ yang jelas sepadan dengan perkataan AirAsia di bahagian ekor pesawat dan gambar ketiga memperlihatkan bahagian dalam ekor pesawat tersebut.

Ketua Basarnas Bambang Soelistyo memberitahu, objek itu dikesan pada 10.30 pagi ini.

Sehubungan perkembangan terbaharu ini, pasukan SAR yakin operasi mencari mayat dan serpihan pesawat yang lain bakal berjalan lancar ekoran keadaan cuaca juga dilaporkan sangat baik di kawasan operasi di perairan berhampiran Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Salah seorang penyelam yang menjumpai ekor tersebut, Mayor Sersan Dovlen berkongsi cerita mengenai kondisi pesawat QZ8501 yang ditemui sudah hancur.

“Saat ditemukan, sebahagian objek dalam keadaan hancur dan ekor sudah terbahagi dua,” ujarnya.

Semoga penemuan ini memberi harapan cerah agar kesemua mayat mangsa, badan pesawat dan kotak hitam berjaya ditemui dengan segera. –MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan