Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,814

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seoul tingkatkan propaganda

10:30am 11/02/2016 Pak Roshan 1 views Global

ASKAR Korea Selatan memasang pembesar suara di sempadan dengan Korea Utara di Paju.

Seoul: Tentera Korea Selatan semalam berkata, ia meningkatkan siaran propaganda di sempadan yang menyasarkan tentera Korea Utara sebagai protes terhadap pelancaran roket Pyongyang yang dikutuk masyarakat dunia.

Sejak bulan lalu, tentera menyiarkan campuran berita, mesej propaganda dan muzik K-pop di sempadannya dengan menggunakan pembesar suara berkuasa tinggi sebagai membalas ujian nuklear tindak balas terhadap Pyongyang pada 6 Januari lalu.

Ia turut menambah pembesar suara di sempadannya selepas pelancaran roket Korea Utara, Ahad lalu, kata jurucakap kementerian pertahanan kepada AFP.

“Kami sudah menghantar lebih banyak pembesar suara ke sempadan dan memanjangkan tempoh siaran untuk beberapa jam sehari sejak Ahad,” katanya.

Tentera dilaporkan menyiarkan propaganda itu – yang dibenci Pyongyang sehingga mengancam menyerang pembesar suara berkenaan – kira-kira enam jam sehari. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan