Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

`Seoronoknya jelajah Ramadan’ PBRS

Arthur (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Arthur (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Exco Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) tidak ketinggalan melakukan program Jelajah Perpaduan ‘Jom Buka Puasa’ di beberapa buah kampung yang terpilih dalam kawasan Pensiangan sepanjang bulan Ramadan.

Program jelajah itu diketuai oleh Ketuanya, Arthur Kurup, yang telah menjelajah di lapan buah kampung antaranya, Kampung Penagatan Laut, Kebulu, Keranaan Sook, Sinulihan Baru, Mansiat, Tetagas Nabawan, Binuwou Tengah dan Masjid Pekan Sook.

“Seronoknya dalam program jelajah ini, majlis berbuka turut disertai oleh penduduk bukan Islam dan turut bekerjasama untuk menyediakan juadah berbuka puasa sementara menanti masa untuk berbuka,” katanya.

Dalam program itu, Arthur turut menyampaikan sumbangan kepada seramai 350 penerima yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik seperti golongan kurang upaya (OKU), asnaf, miskin, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim agar mereka juga dapat merasai suasana Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pemberita dalam program itu di balai raya Kampung Mansiat, di sini hari ini.

Menurutnya, program berbuka puasa diadakan pada setiap tahun di kawasan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan di antara masyarakat dan pemimpin tanpa mengira budaya serta anutan agama. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan