Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,748

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Dua rentung dalam kebakaran yang melibatkan 5 buah rumah

8:52am 15/10/2016 Leolerry Lajius 82 views Tawau,Tempatan

TAWAU: Dua orang mangsa rentung dalam satu kejadian kebakaran rumah membabitkan lima buah rumah yang berlaku di Kampung Tanjung Batu Keramat, di sini, pagi tadi.

Menurut makluman pihak bomba, dalam kejadian berkenaan sebuah rumah telah musnah manakala empat rumah yang lain terbakar 20 peratus.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 5.27 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 3 kilometer itu pada jam 5.32 pagi.

Pihak bomba menggunakan operasi pemadaman 2 aliran, 4 pancutan 1200′ menggunakan sumber air dari tangki jentera dan sumber air terbuka untuk memadam kebakaran.

Operasi yang diketuai oleh PgKB II Ismaidi Bin Ismail itu bersama 36 orang anggota berjaya dikawal pada jam 6.34 pagi dan operasi memadam kebakaran masih dijalankan, maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan