Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang perempuan didenda RM5,000 kerana melacur

2:38pm 04/11/2015 Dewiana Tinggolongon 124 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Gambar Hiasan

                                                                          Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Seorang wanita dijatuhi hukuman denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan melacur.

Nurain Asyikin, mengaku bersalah di hadapan Majistret   Stephanie Sherron Abbie atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa mencari langanan bagi maksud persundalan di  salah sebuah hotel di Lintas di sebuah bilik bernombor 555 tingkat lima hotel itu.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota polis bertindak membuat pemeriksaan pada 27 Oktober lalu sekitar jam 10.20 malam di hotel berkenaan setelah menerima maklumat bahawa terdapat kegiatan maksiat di hotel itu.

Sewaktu anggota polis tiba di tingakt 5 hotel itu, didapati seorang perempuan dalam keadaan yang mencurigakan berada di luar pintu bilik 555.

Setelah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan menunjukkan kad kuasa, anggota polis kemudaian membuat pemeriksaan terhadap tertuduh.

Hasil daripada soal siasat yang dijalankan tertuduh mengaku tinggal di bilik 555 itu bersama seorang kawan perempuan dan  tertuduh menunggu di luar pintu bilik itu kerana kawannya sedang melayan seorang pelanggan.

Pasukan polis yang sama kemudian mengetuk pintu bilik berkenaan yang  kemudian dibuka oleh seorang lelaki  dan dalam masa yang sama polis melihat seorang perempuan berada dalam bilik tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut mengaku diberi perkhidmatan seks oleh perempuan tersebut dengan bayaran sebanyak RM300.

Pemeriksaan lanjut dilakukan dibilik itu dan anggota polis menjumpai  kondom belum digunakan dalam sebuah bag tangan yang diletakkan di atas meja bersama wang tunai sebanyak RM300 di atas meja.

Atas kesalahan itu tertuduh didakwa bersalah di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Lim Swee Beng.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan