Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang Pegawai Kanan Syarikat GLC Disiasat SPRM

sprm

KUALA LUMPUR– Seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam perniagaan minyak pelincir kenderaan sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung satu sindiket rasuah berjumlah lebih RM1.7 juta.

 

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, kegiatan sindiket itu dikesan melakukan penyelewengan dana projek pengubahsuaian bengkel di beberapa buah negeri.

 

Sindiket itu antara lain mencadangkan kontraktor terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan untuk mendapatkan lapan projek pengubahsuaian beberapa buah bengkel sekitar 2009 dan 2010 di Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

 

Menurut kenyataan itu, setiap kontraktor yang berjaya mendapatkan projek berkenaan telah membuat bayaran kepada pegawai terbabit dengan nilai antara RM70,000 hingga RM260,000 sebagai balasan.

 

SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut dan mereka yang terlibat dijangka dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.

 

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan jika sabit kesalahan.

Komen


Berita Berkaitan