Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang parah dalam kemalangan

8:53am 02/09/2016 Leolerry Lajius 508 views Mutakhir,Ranau,Tempatan
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

RANAU: Seorang parah dan seorang lagi mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Kampung Nabutan, di sini, semalam.

Mangsa mengalami kecederaan dalam kajadian melibatkan sebuah Lori 10 tan yang melanggar belakang Lori Tanker berkenaan.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 8.29 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 32 kilometer itu pada jam 9.05 malam.

Menurut pihak bomba, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan mangsa seterusnya telah dihantar dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi yang melibatkan seramai enam orang anggota itu tamat pada jam 9.15 malam.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan