Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang melecur, 5 rumah setinggan musnah dalam kebakaran

11:19pm 29/03/2016 Leolerry Lajius 793 views Tempatan
Keadaan rumah mangsa yang terbabit dalam kebakaran tersebut.

Keadaan rumah mangsa yang terbabit dalam kebakaran tersebut.

SANDAKAN: Seorang lelaki melecur di bahagian belakang dalam satu kejadian kebakaran yang melibatkan lima buah rumah setinggan yang berlaku di belakang Flat Rumah MPS, Karamunting petang tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.36 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 12 kilometer itu pada jam 4.51 petang.

Mangsa Syahrul Bin Neyzam, 31, melecur 20% dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan lima buah rumah setinggan tersebut.
Mangsa telah di hantar ke hospital menggunakan jentera EMRS, dan pihak bomba juga telah menggunakan operasi pemadaman menggunakan 2 aliran 200′ 4 pancutan dan sumber air daripada jentera water tanker dan pili bomba yang berhampiran.

Operasi yang diketuai oleh PKPgB Razali Awang Ahmad dengan kekuatan 17 orang anggota berjaya dikawal pada jam 5.14 petang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan