Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,750

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang maut, tujuh cedera

9:57am 05/11/2016 Pak Roshan 6 views Global
Penunjuk perasaan menyerang polis dengan kayu panjang. Gambar kanan, seorang penunjuk perasaan melontar batu ke arah polis. - Foto AP/AFP

Penunjuk perasaan menyerang polis dengan kayu panjang. Gambar kanan, seorang penunjuk perasaan melontar batu ke arah polis. – Foto AP/AFP

Jakarta: Seorang terbunuh dan tujuh cedera selepas penunjuk perasaan menyertai perhimpunan mendesak Gabenor Jakarta ditahan kerana didakwa menghina al-Quran, bertukar ganas dan bertempur dengan polis, malam tadi.

ABC News melaporkan, jurucakap polis, Awi Setiyono, berkata seorang lelaki tua meninggal dunia, mungkin akibat kesan gas pemedih mata yang dilepaskan polis bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang berkumpul dekat Istana Presiden.

Menurutnya, empat orang awam dan tiga anggota polis cedera dalam pertempuran yang berlaku selepas penunjuk perasaan enggan bersurai.

Lewat petang tadi, polis menembak meriam air serta menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan puluhan ribu penunjuk perasaan yang kelihatan sudah mulai ganas kerana marah apabila Presiden Joko Widodo tidak berjumpa mereka. Sebaliknya, Menteri Koordinator Politik, Hukum, dan Keamanan, Wiranto mewakili presiden menerima memorandum daripada penganjur demonstrasi kerana Presiden terpaksa berada di majlis lain yang sudah dijadualkan.

Gabenor Jakarta , Basuki Tjahja Purnama, etnik Cina beragama Kristian – orang pertama bukan Islam menjadi Gabenor Jakarta – lebih dikenali dengan nama Ahok mempertikai Surah Al Maidah dalam al Quran ketika berkempen di Pulau Seribu, bulan lalu.

Ahok dalam kempennya ketika bertemu pengundi di meminta umat Islam tidak terpedaya oleh golongan tertentu yang menggunakan ayat al-Quran dalam Surah Al Maidah yang menyebut umat Islam tidak boleh memilih kalangan bukan Islam sebagai pemimpin mereka. Walaupun Ahok kemudiannya meminta maaf dan menjelaskan tidak bermaksud menghina Islam namun ia tetap menjadi isu panas. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan