Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang maut Taufan Rammasun badai Filipina

ribut rammasun

MANILA: Sekurang-kurangnya seorang terkorban manakala ratusan ribu yang lain ditempatkan di pusat pemindahan selepas Taufan Rammasun melanda sebahagian besar Filipina, demikian menurut pihak berkuasa, hari ini.

 

Angin kencang bertiup sehingga 250 kilometer sejam menumbangkan pokok, menerbangkan bumbung rumah dan menyebabkan kereta terbalik selepas Taufan Rammasun membadai Lautan Pasifik dan beberapa pulau di kepulauan itu.

 

“Bumbung rumah berterbangan… angin bertiup kencang,” kata Gabenor Wilayah Albay di timur Bicol, Joey Salceda, malam tadi.

 

Menurut jurucakap Majlis Pengurusan Bencana Filipina, seorang wanita terbunuh di kawasan kejiranan Pulau Samar malam tadi selepas dihempap sebuah pos elektrik.

 

Tiga nelayan di timur Filipina juga dilaporkan hilang. – AFP

Komen


Berita Berkaitan