Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang maut, lori terbabas

Kedaan lori yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Kedaan lori yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

LAHAD DATU: Seorang maut dan seorang lagi cedera apabila kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang terbabas di Jalan Silam Kampung Sepagaya, di sini, pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 7.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 25 kilometer itu pada jam 7.39 pagi.

Pihak bomba telah berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit pada kenderaan berkenaan namun pegawai perubatan di lokasi kejadian mengesahkan salah seorang mangsa telah meninggal dunia.

Operasi yang melibatkan seramai sembilan orang anggota itu tamat pada jam 11.13 pagi. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

13458535_1662265567327404_5806048508110503154_o 13502543_1662265520660742_2736829301581559347_o 13503043_1662265507327410_1354692711914988945_o

Komen


Berita Berkaitan