Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang maut, lima parah dalam kemalangan

SEORANG wanita terbunuh, manakala lima lagi parah selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di kilometer 11, Jalan Beluran, berdekatan Kampung Balaban, akibat terbabas sendiri. – Foto Ihsan Pembaca

 

BELURAN : Seorang wanita terbunuh manakala lima lagi parah apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di kilometer 11, Jalan Beluran, berdekatan Kampung Balaban di sini, semalam.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, penumpang, Warda Faisal, 29, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Sementara itu, Azman Tahal, 23; adik lelakinya, Azmir, 22; Nurul Kiki Natasha Azmi, 20; Norafizah Pineh, 11 dan seorang budak perempuan berusia enam tahun, Zafirah Saiful Bahri, dilaporkan cedera parah.

Difahamkan, enam sekeluarga berkenaan dalam perjalanan pulang ke Sandakan selepas berhari raya di Beluran.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Shivananthan berkata, siasat awal mendapati Perodua Kancil dinaiki semua mangsa terbabas ke kanan jalan dan melanggar tebing konkrit lalu terbalik beberapa kali.

“Sejurus itu, dua penumpang tercampak keluar dari kereta terbabit, mengakibatkan seorang wanita meninggal dunia manakala lima lagi cedera parah termasuk pemandu lelaki.” katanya ketika dihubungi.

Shivananthan berkata, mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Beluran manakala mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.

“Kemalangan mengakibatkan kenderaan berkenaan remuk dengan teruk dan siasatan turut mendapati, punca kemalangan dipercayai pemandu memandu dengan laju dan gagal mengawal kenderaan dengan baik.” katanya.

Shivananthan berkata, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –¬†Oleh Hazsyah Abdul Rahman/BH Online

Komen


Berita Berkaitan