Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang maut, lima cedera dalam nahas jalan raya

Pasukan bomba  melakukan operasi menyelamatkan mangsa tersepit dalam kenderaan Produa Alza
Pasukan bomba melakukan operasi menyelamatkan mangsa tersepit dalam kenderaan Produa Alza

LAHAD DATU- Seorang lelaki maut manakala lima orang cedera dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Vigo dan kenderaan jenis Produa Alza di Jalan Silam,disini, hari ini.

Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada jam 10.36 pagi, kelima-lima orang mangsa dalam kenderaan Toyota Vigo dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital.

Seorang mangsa tersepit di dalam kenderaan produa Alza dikeluarkan oleh Pasukan Bomba seterusnya diserahkan kepada pihak polis.

Operasi menyelamat itu tamat sepenuhnya pada jam lebih kurang 12.23 tengah hari tadi. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan