Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang maut kereta terjunam ke dalam gaung

9:51am 17/11/2016 Leolerry Lajius 2605 views Keningau,Tempatan
Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KENINGAU: Seorang maut manakala tiga yang lain mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Apin-apin, Keningau- Tambunan, awal pagi tadi.

Mangsa Kumbang Binti Tandangan, 55 maut selepas kenderaan jenis Perodua Myvi yang dinaiki mangsa bersama tiga orang rakannya terbabas dengan sendiri dan jatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala tiga lagi mangsa yang  menglami kecederaan ringan iaitu Nurasyah Balqis Binti Ambalu, 29, Paturus Bungka, 48 dan Beatrice Sandra Binti Stephen telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 5.22 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 25 kilometer itu pada jam 5.55 pagi.

Operasi yang diketuai oleh PBKII Asip Kaibin bersama lapan anggota yang lain itu tamat pada jam 6.50 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan mangsa yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan