Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang maut kereta terbabas di jalan Kimanis

Keadaan kereta yang dinaiki mangsa.
Keadaan kereta yang dinaiki mangsa.

KENINGAU: Seorang wanita berusia 30 tahun maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Kimanis-Keningau pagi tadi.

Mangsa Nida Fathin Binti Ajis maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang parah.

Kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda City  yang terbabas sendiri itu turut menyebabkan dua lagi rakan mangsa mengalami kecederaan.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 10.53 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 20 kilometer itu pada jam 11.10 pagi.

Operasi yang diketuai oleh PB Hendry Hilarion itu  tamat pada jam 11.50 pagi dan mangsa yang cedera seterusnya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan