Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang Maut, Enam Cedera Ringan Dalam Kemalangan Empat Kenderaan

KEADAAN mangsa dan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Tamparuli-Ranau, dekat Kampung Koporingan, Tuaran. – Foto ihsan JBPM Sabah

KOTA KINABALU, 17 Mac :  Seorang maut manakala enam lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tamparuli-Ranau, berhampiran Kampung Koporingan, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kejadian yang berlaku kira-kira 8.30 pagi itu melibatkan lori tiga tan, Toyota Hilux, Proton Saga FLX dan Perodua Kancil.

Menurutnya mangsa yang maut merupakan penumpang Proton Saga FLX dan lima daripada enam yang cedera merupakan penumpang dan pemandu kereta sama manakala seorang lagi penumpang Toyota Hilux.

“Mereka yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis,” menurut kenyataan itu.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 8.35 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian.

— BERNAMA

KEADAAN mangsa dan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Tamparuli-Ranau, dekat Kampung Koporingan, Tuaran. – Foto ihsan JBPM Sabah

Komen


Berita Berkaitan