Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang Maut, Empat Cedera, Kereta Bertembung Lori Di Jalan Tawau-Kalabakan

kemalangan

TAWAU :  Seorang maut, empat cedera setelah kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori 10 tan di Kilometer 76 Jalan Tawau-Kalabakan dekat sini, pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian pada kira-kira 7.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Joven Dangan Delfin, 52, manakala mangsa yang cedera parah ialah Rodolfo Barita, 26 tahun.

Tiga mangsa yang cedera ringan ialah Gerald Rey Codillo, 26; Joviry Tactalon, 41, dan Nizam Ulah, 34, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Proton Iswara yang dinaiki mangsa sedang dalam perjalanan dari Kalabakan menghala ke Tawau. Semua mangsa warga tempatan itu dikatakan bekerja di sebuah syarikat di Batu 12, Sandakan.

— BERNAMA

kemalangan

eksiden eksiden1

Komen


Berita Berkaitan