Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang Maut, Dua Parah Dalam Kemalangan Di Km42 Jalan Tawau-Kunak

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU : Seorang maut manakala dua parah apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 42, Jalan Tawau-Kunak, dekat sini Sabtu.

Mohd Salleh Abu, 44, penumpang bahagian hadapan kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera parah iaitu masing-masing patah di bahagian leher dan kaki.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kejadian berlaku pukul 5.30 petang semasa kereta yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kunak.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian, sebuah kereta Proton Persona yang datang dari arah Kunak telah memotong sebuah lori tetapi tidak sempat masuk ke laluannya semula lalu bertembung dengan kenderaan yang dinaiki mangsa yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan.

Awang Besar pemandu kereta Proton Persona itu cedera ringan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital yang sama.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan