Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang Maut, Dua Cedera Parah Lori Bertembung Kereta Di Kuala Penyu

3:26pm 21/11/2016 Pak Roshan 141 views Beaufort,Mutakhir,Tempatan
Foto Ihsan Pembaca

Foto Ihsan Pembaca

KOTA KINABALU : Seorang lelaki maut manakala dua yang lain cedera parah apabila sebuah lori tiga tan dan sebuah kereta bertembung di Jalan Kampung Nukahan, Kuala Penyu, kira-kira 136 kilometer dari sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dalam kenyataannya pagi ini berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Epol Akiw, 39, manakala yang cedera parah ialah Edward Roney, 46.

Identiti seorang lagi mangsa yang cedera parah belum lagi dikenal pasti.

Menurut kenyataan itu, lapan lagi individu yang turut terlibat dalam kemalangan berkenaan cuma mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Ketika kejadian, lori berkenaan membawa 10 orang penumpang, kata kenyataan itu.

Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.40 pagi sebelum menghantar sebuah jentera beserta enam anggota ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

–BERNAMA

Foto Ihsan Pembaca

Foto Ihsan Pembaca

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan