Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang Maut, Dua Cedera Kereta Terbabas Di Jalan Kimanis-Keningau

Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau pagi tadi. - Foto JBPM
Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau pagi tadi. – Foto JBPM

KOTA KINABALU : Seorang wanita maut dalam kemalangan apabila kereta Honda City dipandu suaminya terbabas di Jalan Kimanis-Keningau, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Papar Dunstan Peter berkata mangsa Nida Fathin Ajis, 30, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suami Abdullah Shamsul Mokti, 30, dan seorang anaknya berumur setahun mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

“Ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada pukul 10.53 pagi dan anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 17 minit kemudian.

Berdasarkan maklumat diterima, Dunstan berkata, keluarga terbabit yang berasal dari Selangor merancang untuk pulang ke Semenanjung hari ini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan