Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,766

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang maut dan tiga yang lain parah dalam satu kejadian kemalangan jalan raya

11:48pm 22/12/2015 Leolerry Lajius 3051 views Tempatan

received_1023650237695254

KENINGAU: Seorang lelaki maut dan tiga yang lain cedera parah  dalam satu kemalangan jalan raya di Batu 8 jalan Sook petang tadi.

Mangsa yang menaiki kenderaan jenis Mazda maut di tempat kejadian apabila kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah lagi kenderaan jenis Isuzu Trooper.

Dua orang penumpang dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera parah dalam kejadian tersebut.

Pihak bomba menerima makluman mengenai kejadian tersebut pada jam 5.50 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.05 petang.

Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan