Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang maut dan seorang parah dalam kejadian kemalangan di Ranau

RANAU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Kampung Nalapak berhampiran dengan Ladang Gaharu Ranau, di sini tengahari tadi.

Mangsa Justin Bin Torong, 54, maut di tempat kejadian kerana tersepit pada kenderaan dalam kejadian yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva dan Nissan Navara berkenaan.

Kejadian itu turut menyebabkan seorang lagi mangsa Buari Binti Roslan mengalami kecederaan yang parah (patah tangan dan kaki) dan seorang lagi mangsa Lidy Kirinan mengalami kecederaan ringan.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 12.15 tengahari dan tiba di lokasi kejadian sejauh 15 kilometer itu pada jam 12.38 tengahari.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Wasli Saupin bersama lapan orang anggota itu tamat pada jam 12.48 tengahari.

Mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.-Oleh Loelerry Lajius/Sayang Sabah

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan