Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

SEORANG MAUT DAN LIMA CEDERA DALAM KEMALANGAN NGERI

pic-13
RANAU: Seorang maut manakala lima lagi cedera dalam nahas ngeri yang berlaku di Kilometer 20.6 Jalan Tamparuli-Ranau.

Kejadian yang berlaku pada pagi Sabtu melibatkan tiga buah kenderaan terjadi apabila sebuah treler panjang yang dalam perjalanan ke Tamparuki hilang kawalan dan bertembung dengan dua lagi kenderaan.

Impak pertembungan menyebabkan treler tersebut terbakar manakala dua buah kenderaan lain terjunam ke parit.

Mangsa Kho Tze Guan, 62 tahun adalah pemandu Prado dikatakan tersepit didalam kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital, manakala isteri mangsa hanya cedera ringan.

Sementara itu, mangsa yang cedera parah ialah pemandu kenderaan Persona, pemandu treler dan kelindan lori.

Ketua Polis Daerah Tuaran Asisten Superintenden Juraimah Ismail meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk membantu memberikan maklumat.

Beliau berkata kes masih lagi disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Komen


Berita Berkaitan