Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang maut dalam kemalangan di Kepayan

HANCUR.... Keadaan kenderaan yang terbabas lalu merempuh sebatang pokok berhampiran Kampung Kopungit, Kepayan pagi tadi.
HANCUR…. Keadaan kenderaan yang terbabas lalu merempuh sebatang pokok berhampiran Kampung Kopungit, Kepayan pagi tadi.

KOTA KINABALU – Seorang penumpang lelaki terbunuh selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan maut berhampiran Kampung Kopungit, Jalan Pintas – HQE 1, Kepayan di sini pada jam 5.30 pagi tadi.

Mangsa yang maut berumur 20an dan berasal dari Sipitang, sementara pemandu kenderaan itu kini sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth dan keadaannya dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Balai Polis Trafik dalam satu kenyataan hari ini berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan jenis Toyota Silika yang dinaiki tiga orang lelaki berumur 20an itu, dipandu laju dari arah Kota Kinabalu menuju ke Kepayan, di sini.

“Semasa tiba di lokasi, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok mengakibatkan pemandu tercampak keluar manakala penumpang duduk di bahagian hadapan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, seorang lagi penumpang yang duduk di bahagian belakang bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan itu.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kota Kinabalu diketuai PBK II Kamarudin Sabanah, yang menerima panggilan kecemasan turut bergegas ke lokasi kemalangan bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan