Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,782

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang Maut, 3 Cedera Kereta Bertembung Di Sandakan

11:48am 20/01/2016 Pak Roshan 597 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SANDAKAN – Seorang maut, manakala tiga cedera dalam kemalangan melibatkan dua kereta yang bertembung di Jalan Segaliud, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosemedian Abdul Majid berkata mangsa yang maut adalah pemandu kereta jenis Proton Iswara dikenali sebagai Dokis Sapi, 41, mati di tempat kejadian.

Katanya tiga yang cedera adalah penumpang kereta Iswara itu, Jacqulin Rosalyang, 26, pemandu kereta jenis Proton Saga Mantasi Diman, 31, dan
penumpang, Mohd Junaidil Omong, 23.

Enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.30 malam dan tiba di tempat kejadian sejauh 27 kilometer, 30 minit kemudian, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya anggota bomba mengambil masa 30 minit mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam keretannya.

Beliau berkata Mantasi dan Mohd Junaidil dihantar menerima rawatan di Hospital Kinabatangan, manakala Jacqulin dihantar ke Hospital Lahad Datu. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan