Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lelaki Tempatan Mengaku Tidak Bersalah Menggunakan Wang Syarikat

5:04pm 18/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 195 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, pagi tadi, atas tujuh pertuduhan salahgunakan wang syarikat yang berjumlah melebihi RM 2 juta untuk kegunaan sendiri.

Tertuduh, Ezwan Shah Jaafar, 36 didakwa dengan curangnya telah mengambil wang tersebut melalui cek yang diterima oleh GIATMARA negeri Sabah, Sarawak dan Persekutuan Labuan  untuk tujuan pembelian kenderaan pada diantara 28 September 2012 hingga 18 November 2013, yang lalu.
Berdasarkan pertuduhan, Ezwan hanya membayar wang deposit sejumlah RM 263,671.16 untuk sewa beli kenderaan tersebut dimana beliau sepatutnya membuat pembayaran penuh bagi setiap kenderaan tersebut dan baki wang yang selebihnya telah digunakan untuk tujuan diri sendiri.
Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjarakan selama tempoh tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun, dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.
Pendakwa Raya, Awang Shamsul Baharam Bongsu dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah kenakan jaminan sebanyak RM 20,000 dengan seorang penjamin.
Dalam mitigasi, peguambela, Edward Paul yang mewakili tertuduh memohon agar jumlah wang jaminan dapat dikurangkan kerana anak guamnya telah memberikan kerjasama kepada pihak SPRM semasa siasatan dijalankan.
Hakim Datuk Ishak Bakri membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM 10,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan dan menetapkan 19 Januari 2016 untuk pengurusan kes.
Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan