Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang lelaki rentung dalam kebakaran yang melibatkan sebuah rumah

Mangsa yang rentung dalam kejadian tersebut.
Mangsa yang rentung dalam kejadian tersebut.

PENAMPANG: Seorang lelaki rentung dalam satu kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah di Kampung Donggozidon petang tadi.

Mangsa yang identitinya belum dikenalpasti itu rentung dalam kejadian yang turut memusnahkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang berkeluasan 15 kaki lebar dan 25 kaki panjang tersebut.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 2.58 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 7 kilometer itu pada jam 3.05 petang.

Operasi yang diketuai oleh PkPgB Mohammad Akramin Bin Sakirun dengan kekuatan 11 orang anggota tamat pada jam 4.00 petang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran tersebut.
Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran tersebut.

Komen


Berita Berkaitan