Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Seorang lelaki miliki kereta curi dipenjara tujuh bulan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan kepada seorang lelaki tempatan atas kesalahan memiliki kereta curi.

Loi Kwang Yew, 52 dijatuhkan hukuman oleh Majistret Mohd Faiz Omar setelah mendengar penukaran pengakuan salah tertuduh atas kesalahan berkenaan.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 1 November 2014 jam 12.05 pagi bertempat di Jalan Punang Kelalan Lawas ketika pihak polis menangkap tertuduh yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Terdahulu, Christopher Louisi telah membuat laporan polis mengatakan bahawa kereta Toyota Hilux berwarna merah, nombor pendaftaran SA6133P miliknya telah dicuri di hadapan Bengkel Fast Tech jalan Tuaran lama Inanam.

Atas kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut seksyen Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan itu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Jakriya Jupakkal.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan