Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,723

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Seorang lelaki mengaku salah merogol gadis bawah umur

1:12pm 30/11/2015 Dewiana Tinggolongon 63 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Gambar Hiasan

                                                              Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Seorang  lelaki tempatan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di Sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 15 tahun.

Mohd Sharil Salim, 22 tahun mengaku bersalah di hadapan Hakim  Indra Ayub setelah kertas pertuduhan selesai dibacakan terhadapnya.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 15 Februari lalu jam 1 petang, di sebuah tandas hotel, 13 November lalu jam 12 tengah hari di sebuah rumah tidak bernombor di Sepitang dan 12 November di sebuah tandas di daerah Sepitang.

Atas dakwaan itu tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan tidak lebih 24 sebatan ,jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 15 Disember ini untuk sebutan semula kes tersebut sementara menungu laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan memandangkan  tertuduh berusia 21 tahun ketika melakukan kesalahan itu.

Mahkamah juga tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan